Di sini Bermula Satu Kisah Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t.

Maka bermulalah sebuah kisah hidup ku bersama-sama blog yang bakal mengubah kisah perjalanan kehidupanku.

Semoga blog ini sangat memberi manfaat kepada anda, sahabat semua yang membaca. Diharapkan melalui pembacaan anda di sini, dapat juga menambah nilai hidup anda dan insan yang anda sayangi.

Bersama-sama kita mengubah cara hidup dan fikir kita ke arah yang lebih baik, positif, dan sihat.

Sedikit pengenalan tentang saya, sahabat semua boleh panggil saja saya Faeza. Dilahir dan dibesarkan di bandar sesak Kuala Lumpur. Hijrah saya bermula selepas SPM, saya menyambung pelajaran di Matrikulasi Negeri Sembilan. Selama dua tahun di sana, menimba pelbagai kisah suka duka, mencari identiti diri dan seterusnya membina keperibadian diri.

Kemudian, saya terbang pula ke Universiti Malaysia Sabah, menyambung pengajian ijazah di sana. Selama tiga tahun di sana, menambahkan lagi coretan dalam diari hidup ini. Adakala saatnya saya tegas, ada juga ketikanya saya terumbang-ambing. Namun, dari situlah saya sedikit demi sedikit mencari dan jumpa identiti saya yang melambangkan diri saya sendiri.

Benarlah kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup andai kita mengambil iktibar dari pengalaman itu.

Kini, 2016, saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata yang bijak dan menenangkan mata si ibu ini melihat. Berhijrah ke Perak mengikut suami, saya kini menjadi suri rumah sepenuh masa sambil menjalankan perniagaan dari rumah dan kebanyakannya dijalankan secara online sahaja.

Sekian dulu serba sikit, secara umum kisah tentang saya. semoga kita boleh lebih kenal dan mesra, agar memudahkan anda, sahabat-sahabat saya, memahami apa yang cuba saya sampaikan melalui setiap coretan saya di blog ini samada yang ilmiah mahupun yang santai-santai aje.

Saya sangat bahagia andai penulisan saya dapat memberi manfaat buat kalian semua. Aamiiin.family-umrah

Muhammad Afiq Zubair Haziq
Muhammad Afiq@Zubair Haziq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *