12 Persoalan dan Jawapan Tentang Penjagaan Kulit Sepanjang Hamil

Kehamilan adalah waktu yang dipenuhi dengan perubahan hormon. Pada ketika itulah, banyak perubahan berlaku yang anda sendiri dapat merasakannya. Antaranya, perubahan pada emosi, tingkah laku, keinginan dan sebagainya. Masa itulah ada antara anda yang tiba-tiba tidak suka bau suami anda, ada makanan yang sebelum ini sangatlah digilai tiba-tiba sangat tidak suka. Ramai juga yang mengidam pelik-pelik.

Perubahan hormon ini juga akan menampakkan perubahan yang ketara pada kulit terutama pada bahagian perut. Bukanlah bermakna anda boleh membiarkan sahaja kulit anda terus tidak cantik dan hanya menunggu selepas kelahiran baru hendak ‘membaiki’ segala-galanya. Anda masih boleh mengawal perubahan atau ‘kerosakan’ yang berlaku pada kulit agar selepas kelahiran ia tidak terlalu rosak.

Jom kita main kuiz untuk anda lebih peka dan mengetahui penjagaan kulit semasa kehamilan.

1 Anda haruslah mengelakkan daripada menyapu pelindung matahari.

A. Betul               B. Salah

2) Hormon kehamilan boleh menyebabkan kulit mengalami tompok-tompok gelap

A. Betul                B. Salah

3 Hormon kehamilan boleh menyebabkan pertumbuhan bulu di:

A. Muka wanita hamil          B. Belakang wanita hamil.         C. Dada wanita hamil           D. Semua di atas.

4) Wanita hamil selalunya mengalami pertumbuhan jerawat semasa:

A. Trimester pertama           B. Trimester kedua                     C. Trimester ketiga

5) Ramai doktor tidak mencadangkan penggunaan produk yang mengandungi topical retinoids (seperti Retin-A atau Differin) atau asid salisilik semasa kehamilan.

A. Betul            B. Salah

6) Ia OK untuk menjalani rawatan muka (facial) semasa kehamilan.

A. Betul            B. Salah

7) ‘Topeng kehamilan’ adalah:

A. Pertumbuhan jerawat            B. Tompok-tompok hitam di muka             C. Perubahan warna rambut

8) Cara yang terbaik untuk merawat kulit yang kering semasa kehamilan adalah:

A. Salap anti-gatal                       B. Pelembap                                                   C. Meminum air yang banyak

9) Ruam pada abdomen atau paha semasa kehamilan adalah sesuatu yang membahayakan.

A. Betul                     B. Salah

10) Kesan regangan terjadi kepada:

A. Lebih 50% wanita hamil          B. Lebih 75% wanita hamil                           C. Lebih 90% wanita hamil

11) Sesetengah masalah kulit sebelum kehamilan mungkin akan menjadi lebih elok semasa kehamilan.

A. Betul                     B. Salah

12) Ia OK untuk mengambil ubat jerawat selepas mencuba untuk hamil.

A. Betul                     B. Salah

JAWAPAN

1) Salah. Produk terpenting yang harus anda gunakan semasa kehamilan untuk menjaga kulit anda adalah pelembap yang mempunyai SPF 15 (sekurang-kurangnya).

2) Betul. Semasa kehamilan, pertambahan hormon boleh menghasilkan lebih banyak sel pigmen yang boleh menyebabkan tompok-tompok di muka, atau ‘topeng kehamilan’. Gunakan pelindung matahari – hujan atau panas – ia adalah cara yang terbaik untuk mengelakkan muka daripada kehilangan ‘warna’. Tidaklah kusam sangat disebabkan tompok-tompok hitma tadi.

3) Semua di atas. Hirsutism adalah keadaan di mana wanita hamil tumbuh bulu di kawasan-kawasan pertumbuhan bulu lelaki seperti di muka, dada atau belakang. Ini merupakan faktor dari hormon kehamilan. Keadaan ini selalunya akan hilang dalam masa enam bulan.

4) Trimester pertama. Ramai orang mengalami pertumbuhan jerawat  yang banyak semasa trimester pertama kehamilan. Cara terbaik untuk merawat jerawat-jerawat adalah dengan menggunakan produk  yang mengandungi asid glikolik asid alpha hydroxy, tropical erythromycin (preskripsi sahaja) atau witch hazel.

5) Betul. Periksalah label produk untuk bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Walaupun topical retinoids (seperti Retin-A atau Differin) atau asid salislik tiada hubungkait dengan kecacatan kelahiran, anda dinasihatkan untk mengelakkan bahan-bahan tersebut.

6) Betul. Ini adalah cara terbaik untuk membersihkan pori-pori anda memandangkan rawatan muka membersihkan pori-pori anda secara fizikal (dan bukan dengan cara menggunakan bahan kimia) jika anda merasakan rawatan muka adalah sesuatu yang mahal, anda boleh melakukannya sendiri, tiga kali seminggu.

7) Tompok-tompok hitam di muka. 70% wanita hamil mempunyai ‘topeng kehamilan’. Tompok-tompok ini selalunya hadir di pipi, dahi, bahagian atas bibir, hidung, dagu dan lengan.

8) Meminum air yang banyak. Air akan menghidrasikan kulit anda daripada dalam dan luar. Pelembap pula menghalang air daripada tersejat. Jadi, jika anda meminum air yang banyak, kulit akan menjadi lebih lembut. Jangan gunakan salap anti-gatal kerana ia mengandungi cortisone atau hydrocortisone.

9) Salah. Pruritic urticarial papules and plagues of pregnancy (PUPPP) ialah masalah kulit yang biasa semasa kehamilan. Ia terjadi semasa trimester ketiga. Tompok-tompok merah kecil dan ruam terjadi di bahagian abdomen dan merebak ke paha, pinggul, payudara dan lenan. PUPPP akan menyebabkan kegatalan. Walaubagaimanapun, ia tidak membahayakan dan akan hilang selepas kelahiran bayi.

10) Lebih 90% wanita hamil. Hampir kesemua wanita hamil akan mempunyai kesan regangan semasa enam dan tujuh bulan kehamilan. Ini disebabkan oleh penarikan kulit semasa gestasi. Bersenamlah dan sentiasa menggunakan losyen dan krim yang mengandungi asid alpha hydroxy – ia boleh digunakan untuk menghalang kesan regangan.

11) Betul. Sesetengah keadaan kulit mungkin akan menjadi lebih teruk semasa kehamilan. Ada keadaan kulit menjadi lebih elok. Bincanglah dengan pakar dematologi jika anda merasakan bahawa kulit anda berubah semasa kehamilan.

12) Salah. Kebanyakan ubat menghilangkan jerawat tidak sepatutnya digunakan oleh wanita hamil kerana ia boleh membahayakan keadaan fetus. Bincanglah dengan pakar dermatologi seawal mungkin mengenai sebarang rawatan kulit.

Ok, apa yang anda dapat daripada kuiz di atas tadi? Adakah semua jawapan anda betul?

Kalau pilihan jawapan anda banyak yang betul, maknanya anda faham tentang perubahan, faktor dan penjagaan kulit anda sendiri. Bagaimana pun cara yang hendak anda gunakan untuk jaga luaran anda, pastikan bahan-bahannya tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memberi kesan negatif pada diri anda dan bayi yang dikandung.

Di sini, suka saya nak kongsikan tentang set kehamilan shaklee.  Set kehamilan Shaklee sangat membantu dalam penjagaan kulit. Konsep vitamin shaklee adalah membaiki yang rosak , mengisi yang kurang, seterusnya menambah baik yang sedia ada dan melambatkan kerosakan. Haaa…bestkan.

set-kehamilan

Set hamil Shaklee terdiri daripada ESP (Energizing Soy Protein), Ostematrik, Sustained-release Vitamin C, B-Complex, Vitalea dan setelah masuk trimester kedua boleh tambah dengan omega guard.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *