7 Langkah Kawal Sikap Anak Supaya Senang Nak Bawa Pergi Shoping

Pernah tak anda rasa nak tinggalkan anak-anak dengan sesiapa atau di mana-mana ketika nak pergi membeli barang? Alasannya sebab letih nak melayan kerenah anak nanti nak ini nak itu. Kalau tak dapat mulalah berguling-guling atas lantai. Kita pula yang  malu besar depan khalayak. Tengok anak nampak macam sate je nak picit-picit.

Perkara pertama anda kene ingat, bukan anda seorang yang alami perkara macam tu. So, tak perlulah tension-tension sebab anda tau ibu-ibu yang sedang melihat anda masa tu pun pernah alami hal yang sama. Tak perlu malu, sebab rasa malu tu buat anda lagi bertambah rasa nak marah anak.

tantrum-di-lantai-mall

Perkara yang jadi turning point pada saya dalam menahan rasa marah adalah selepas menghadiri Seminar Intensif Kuasa Bayangan oleh Cikgu Rof Fadzil. #Gergasi Hijau. Selepas tu, baru saya boleh aplikasikan segala ilmu mendidik anak. Saya cuba juga nak didik anak supaya dengar kata, terutama di tempat awam tapi saya sendiri susah nak kawal marah. Dapat tahan sekejap sahaja. Rujuk: Kawal emosi dengan kebangkitan ruh.

Ini tips supaya anak anda mendengar kata anda. Dan bolehlah anda membeli-belah tanpa terganggu.

1- Ibubapa wajib berubah dahulu.

Anak-anak ni masih kecil dan tiada pengalaman, tiada ilmu dan tidak belajar pun tentang cara bercakap, cara meminta dan sebagainya. Daripada mana mereka belajar? Dari orang terdekat dengan dia. Biasanya ibu  bapalah.

Kita pun boleh perhatikan setelah anak-anak kita masuk sahaja sekolah ada benda baru yang mereka belajar. Daripada siapa? Biasanya dari kawan-kawan, ada yang tiba-tiba tahu main kaki, tahu gigit dan sebagainya. Itu yang terjadi pada anak sulung saya, Afiq bila mula masuk sekolah tadika. Itu bermakna, mereka belajar sesuatu dari orang sekeliling.

Maka, sebagai ibu bapa, kita dulu yang kene berubah, jangan biasa mengamuk dalam rumah, sebab anak-anak akan ikut cara kita mengamuk dan marah. Perasan tak selama ni? Bila si abang buat adik, kita cubit yang abang sehingga abang tu dah pandai cubit adik dia pula. Bila kita menjerit dengan mereka, logiklah mereka pula menjerit dengan kita di tempat awam. Dari mata dan telinga turun ke hati.

Kita lihat anak orang baik, cuba kita lihat bagaimana ibu bapa mereka melayan anak mereka.

Jika anda susah kawal marah dengan anak disebabkan sikap mereka, sukar untuk berubah, bagaimana boleh mengharapkan keajaiban untuk anak itu berubah dan jadi sebaik-baik manusia?

Buah cempedak di atas pagar,

Ambil tangga tolong capaikan,

Anak-anak ni baru belajar

Kalau salah tolong ajarkan.

 

2- Didik mereka, bukan mengarah.

Bila nak suruh mereka tolong buat kerja-kerja rumah, mintalah tolong secara baik, sama macam kita nak orang bercakap baik dengan kita. Contohnya jangan arah “Kak Long, pergi ambil tuala tu kejap!” Tapi didiklah dengan kata “Kak long, boleh tolong ambilkan tuala?” Bila dia dah tolong ambilkan tu, ucaplah terima kasih. Didik sejak dari bayi lagi. Memang nampak dia tak faham, tapi sel-sel otak dia sedang bertambah dan berhubung,. Anda boleh tengok nanti hasilnya bila umur dia dah masuk 2 tahun ke atas. Serius, ini saya buat dengan anak kedua. Walaupun, anak pertama dulu selalu marah-marah dia, tapi masih belum terlambat nak didik. Alhamdulillah, dia boleh berubah dan mendengar kata.

Saya biasa travel seorang diri bawa anak-anak memandang my Mr. Lovely ada komitmen dengan kerjanya. Memandu kereta dengan dua orang anak dari Ipoh – Kuala Lumpur dah jadi kebiasaan, sejak mereka bayi lagi. Bukanlah tak ada masalah langsung, tapi mereka masih boleh mendengar kata. Ada masa kita pujuk, ada masa nada tegas, yang penting kita dah kenali mereka.

 

 

bawa-anak2 barang

Bila kita menyuruh dengan cara baik, itu memberi kesan pada jiwa anak-anak. Anak-anak sekarang ni lain, banyak kita mengarah-ngarah mereka, mereka pun dah pandai mengarah-arah kita balik. Itu sebab bila tak dapat apa mereka mahukan setiap kali keluar membeli barang dan sebagainya, mereka akan menangis sekuat hati macam dunia ni aku yang punya.

 

3- Jadi pendengar yang mesra

Anak-anak kecil ni biasalah suka bercerita walaupun kita tak faham. Berilah peluang mereka bercerita dan merasa mereka betul. Tak perlulah setiap masa nak perbetulkan mereka. Dengar dulu sampai habis baru nak menyampuk. Sebab kita sendiri tak suka disampuk bile bercerita.

marah-anak2

Boleh bayangkan tak, tengah seronok dia bercerita tiba-tiba kene marah; “Diamlah, ibu nak buat kerja!” Boleh bayangkan tak perasaan dia masa tu, dari bahagia dushhh menjunam terus ke dasar bumi. Kalau ada orang disekeliling terutama adik dia ke lagi teruk jiwa dia. Itu sebab mereka suka melawan, suka bergaduh dengan adik, tu semua sebab perasaan terpendam yang tak lepas. Cuba kita tahan buang angin atau tahan buang air besar, agak-agak kacau emosi tak? Fikirlah.

 

4- Kerap peluk cium anak

Part ni best. Memang amalan wajib saya sehingga nampak perubahan ketara pada anak sulung Muhammad Afiq yang dulu kuat marah, kuat mengamuk. Mula dari nak bangunkan dia pergi sekolah, ucap Assalamualaikum (kan ada doa di situ), cium dahi anak. Bagi botol susu (ikut umur anak la kan) supaya dia segar. Itu cara untuk bagi dia masa sedar dari tidur.

cium-anak

Mulakan hari baru dengan bahagia, pelukan dan ciuman. Anak-anak saya, saya ganti perkataan cium tu kepada sayang sebab nak ia jadi doa. Contoh bila bergaduh, saya akan suruh si abang sayang adik, so dia tahulah cium adik dia kat dahi atau pipi. Ajar mereka berkasih-sayang. Bermula dengan kita dahulu, dari bayi, biasakan cakap “Meh sini ibu nak sayang”, “Sayang adik” dan sebagainya, lepas tu cium dan peluklah. Nanti mereka akan faham sayang tu apa. Ini akan eratkan jiwa anda dengan anak-anak, so, apa yang anda cakap mereka kaan lebih dengar dan ikut.

Dulu-dulu, suami mengorat anda bagaimana (bercinta lepas nikah)? Sekarang masa anda pula mengorat anak-anak. Mengorat ni perlulah pakai jiwa. Dari hati ke hati.

 

5- Ajar apa atau mana yang boleh mana yang tidak.

Bermula dari rumah lagi dah didik mereka perkara yang boleh dan tidak. Ini supaya mereka jelas dengan setiap arahan kita. Contohnya, bawa mereka pergi dapur dan beritahu senduk ni untuk masak, pisau ni bahaya tak bole pegang. Nak buat ayat dengan anak pun kene buat skrip dulu tau. Supaya tak berjela, tak jadi bebel, sebaliknya fokus, terang dan jelas.

Latihan itu supaya bila kita bawa mereka pergi membeli-belah atau berjalan-jalan ke mana-mana, apabila mereka minta itu ini, kita dah boleh beritahu, dan mereka dah boleh mendengar cakap. Contohnya, coklat ni untuk sakit gigi, aiskrim nanti batuk uhuk uhuk, mainan ni kan dah ada kat rumah, ingat tak? Itu antara contoh benda-benda yang dia mahukan tapi anda tidak mahu belikan. Lepas tu ganti pula, ok nanti kita pergi bahagian buah-buahan, ibu nak cari buah, nanti adik pilih buah untuk ibu ye. Haa….macam tu, kene ada give and take. Atau kalau anda nak cari tudung, cakap ibu nak cari tudung ni, nanti adik pilihkan tudung untuk ibu ye. Ajar mereka sama-sama buat keputusan. Serius, kesannya sangat positif.

anakbawa-anak

Selain itu, rajinlah bawa bekal minum dan makan seperti roti atau biskut. Sama je macam kita kaum hawa ni kan, kalau membeli-belah biasanya kalau nak beli tu 5 bawa balik 10. So, kalau kita pun susah nak kawal keinginan membeli inikan pula kanak-kanak. Kudap-kudap tu sedikit sebanyak dapat juga membantu meredakan keinginan mereka. Oh, bawa juga sedikit mainan mereka tapi jangan tunjuk dari awal. Agak-agak dah nak mengamuk tu baru bagi. Bawa mainan yang mereka lama tak main. Sebab budak ni nak benda baru je, dah dapat lepas tu terbengkalai juga. So, mainan yang lama mereka tak main tu, mereka akan rasa macam baru. Alah, psykology manusia semua sama je, semua suka barang baru. Oleh itu, jangan anggap anak-anak ni je yang suka membeli, suka nak itu nak ini, sebab sebenarnya oran dewasa pun sama. Selami hati mereka dengan kita lihat diri kita sendiri.

 

6- Pastikan keperluan mereka dipenuhi

Kalau bawa mereka membeli-belah dengan keadaan lapar dan mengantuk, wajiblah mereka mengamuk, serba tak kena, bagi ini tak kena bagi itu tak kena. Lihat waktu yang sesuai untuk membeli-belah. Itu sebab kalau anak kecil ni elak keluar tengahari, waktu mereka dah mengantuk. Tapi, kalau terpaksa juga, selesakan mereka dahulu, mandi, pakai pakaian yang selesa terutama kanak-kanak perempuan. Tak perlu ber’head-band’ sangatlah tengah hari buta tu, kasihan mereka.

 

7- Biasakan travel

Peringkat awal baru nak didik mungkin belum jadi seperti yang diinginkan. Tapi terus je berbuat semua di atas, dan terus bawa mereka bersama supaya mereka mendapat pendedahan. Ini yang saya buat, dan anak-anak saya tidaklah rasa macam excited sangat bila pergi ke mana-mana sebab dah biasa. Bahasa omputehnya dah tak heran.

20160424_14385320160528_174113

Saya bagi contoh anak saya, Afiq 4 tahun. Dia kalau keluar mesti nak main permainan yang kene insert coin tu. Awal-awal dulu ikutkan saja keinginan dia, sampai nampak macam membazir sebab kami akan keluar setiap hari sabtu untuk aktiviti bersama keluarga dan dia akan main sampai RM10 tapi lepas tu menangis juga sebab nak main lagi lagi dan lagi.

Lepas tu, dah mula kawal, berapa RM je yang boleh. Mula-mula memang dia tetap akan menangis menjerit tapi selepas saya sendiri buat semua di atas tu alhamdulillah, even satu coin je pun dia dah boleh diajak balik tanpa mengamuk. Awal-awal lagi beritahu satu je tau, nanti kalau datang lagi baru main lagi. Sama juga dengan jajan, mainan dan sebagainya.

Demikianlah, 7 tips yang saya harap boleh membantu para ibubapa terutama para ibu yang menjalani perkawinan jarak jauh, yang tiada encik abang menemani untuk membeli barang keperluan. Kenapa saya beri 4 tips yang nampak macam tiada kaitan dengan pergi membeli-belah? Sebab kunci sebenar terletak pada jiwa anak itu dan hubungan dengan kita.

Semoga kita dan generasi kita seterusnya menjadi manusia yang mulia di sisi Allah s.w.t.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *