Mendidik Anak Genius Agar Beri Manfaat Kepada Umat

genius

Satu hari, Toby Rosenberg, anak genius memberitahu keluarga dan rakan-rakannya bahawa dia telah membuat keputusan untuk menukar namanya ke ‘Karl’, kerana dia merasakan bahawa nama ‘Toby’ terlalu kebudak-budakkan dan ingin nama yang lebih matang, seperti bapanya. Ibu bapanya tidak membantah dan telah memberitahu pihak sekolahnya. Toby, kini Karl, berusia lima tahun.

Dia mempunyai sebab yang munasabah: tanpa mengira usianya, Karl bukanlah seorang kanak-kanak lelaki yang biasa. Semasa usianya 14 bulan, dia mula membaca daripada poster apabila dia berada di dalam kereta sorong bayi.

Tahun yang berikutnya, Karl mula bercakap; dia fasih berbahasa Inggeris dan Poland (ibunya Anna, 40, daripada Krakow, Poland) dan juga boleh bertutur dalam bahasa yang lain. Dia juga melatih dirinya untuk menulis huruf Jepun selepas membaca daripada bungkusan makanan Jepun. Berikutnya, dia mengumpul huruf-huruf heiroglyph selepas melihat buku mengenai huruf heiroglyph di kedai museum.

genius

Seorang pelukis yang bekerja sebagai pereka laman web, Karl Sr., 61 tahun, meluangkan masa lebih kurang satu jam melukis di ruang tamu rumahnya. Anaknya, Karl, akan memberikan kritikan kepadanya. “Karl akan berdiri di belakang saya dan memberitahu saya apa yang patut dilukis,” kata Karl Sr.

“Dia akan suruh saya lukis bangunan di Rusia, tiang bangunan dan jika dia tidak berada di hadapan komputer, dia akan berada di sini, mengarah saya. Kami mahu menggalakkan minat dan menyokongnya dalam apa-apa sahaja. Kami tidak akan memaksanya membuat sesuatu yang tidak disukainya.”

genius

Itulah cara yang betul untuk membesarkan kanak-kanak seperti Karl. Dan sebenarnya untuk semua golongan kanak-kanak, tak kira tahap kepintaran mereka, mereka wajar diberi peluang untuk explore dunia yang mereka inginkan di bawah bimbingan ibu bapa.

Mendidik  kanak-kanak genius ini banyak beza dengan membesarkan kanak-kanak normal yang biasa kerana mereka biasanya tidak mahu dilayan seperti kanak-kanak. Begitu juga sosialisasi mereka yang tidak mampu mencari rakan sebaya untuk beraktiviti dan bermain bersama. apatah lagi dalam bidang akademik, di mana mereka tidak mampu mengikut aliran sekolah yang biasa.

Berikut adalah beberapa tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa yang mempunyai anak pintar di awal usia mereka.

1. Jangan terlalu mengawal anak anda.genius

Para pakar menasihatkan agar ibu bapa yang mempunyai anak genius untukmengelakkan daripada terlalu mengawal kehidupan anaknya.

“Kanak-kanak yang berbakat mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan akan melakukan pelbagai aktiviti,” kata Sandra Berger, seorang pakar untuk kanak-kanak yang pintar selama lebih 20 tahun.  “Perkara yang terbaik adalah membenarkan minat anak anda menjadi panduan kepada anda. Ikut rentaknya. Sebagai ibu bapa, jika anda sentiasa mengawal kehendaknya, anda akan mendapat susah.”

 

 

anak genius
Williamsburg Bridge

2. Sediakan pelbagai peluang belajar

 

Mak ayah yang punya anak pintar begini harus memperkenalkan pelbagai subjek kepada anaknya, bukan hanya melawat muzium, tetapi membuat persekitaran biasa sebagai pengalaman bermakna. Sebagai contoh, apabila Karl dan bapanya memandu melepasi jambatan Williamsburg, minat Karl dalam bidang pembinaan mula berkembang.

 

 

3. Elakkkan memanggil anak anda geniusgenius

“Terdapat 3 sebab mengapa anda harus elak daripada memberi label kepada anak anda,” kata Dr. Jack Shonkoff, seorang pakar kanak-kanak.

Pertama, kerana label tersebut akan memberikan beban yang besar untuknya.

Kedua, ahli keluarga lain atau guru akan meletakkan harapan yang tinggi kepadanya (mereka akan kecewa jika prestasinya menurun).

Ketiga, ia akan mengasingkan anak anda dari kanak-kanak lain.

Kanak-kanak berbakat seperti itu mempunyai kesusahan sendiri dan perkara terakhir yang diperlukan adalah meletakkan label padanya.

 

4. Elakkan mengharap anak anda glamourgenius glamour

Menangani masalah pengasingan sosial mungkin menjadi satu cabaran untuk mereka yang sedang membesarkan anak-anak genius.  Karl mempunyai masalah untuk berkawan dan mencari sekolah yang sesuai untuknya. Pada usia tiga tahun dia diminta untuk berhenti dari tadikanya kerana dia tidak boleh memberi perhatian dan sering merasa bosan. Guru-gurunya berpendapat bahawa sikap sebegitu akan memberi kesan negatif kepada rakan sekelasnya.

Ibu bapa Karl dapat mencari sekolah yang sesuai untuknya iaitu East Manhattan School dan Gifted Children. Akan tetapi sekolah ini ditutup pada musim sejuk. Disebabkan ini, Karl memasuki sekolah awam di Brooklyn di dalam kelas first grade. Kemudian dia dimasukkan ke dalam accelerated program, tetapi dia tidak mempunyai kehidupan sosial.

Ini adalah perkara biasa. Kanak-kanak genius selalunya akan berkawan seperti orang dewasa – atas faktor minat yang sama, bukan faktor usia. “Kanak-kanak seperti ini biasanya tidak mempunyai ramai kawan,” kata Berger. Cara terbaik yang boleh ibu bapa lakukan adalah bantu mencari seseorang yang boleh jadi teman rapatnya.

 

5. Tak perlu korbankan pelajaran tinggi untuk memberikan kehidupan normal kepada anak anda seperti kanak-kanak laingenius

Menahan anak anda daripada melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi di usia awal tidak kakan membantunya. Ia akan mengecewakannya dan guru-gurunya. Kanak-kanak ini akan rasa kecewa dan tidak sabar.

Pandai bermain piano seawal usia tiga tahun, Karl kini meminta violin dan ibu bapanya meminjam violin dari rakan mereka. Kini, rumah Karl dipenuhi dengan llukisan Titanic, ST. Basil’s Cathedral di Mosow dan lain-lain.

 

Tips di atas berdasarkan kisah hidup Karl. Kita, sebagai muslim, lebih-lebih lagi perlu tahu mendidik dan membesarkan anak-anak yang genius ini supaya kepintaran mereka membawa banyak manfaat kepada umat. Pernah suatu ketika dulu Islam sangat hebat dengan adanya umat yang hebat yang menemui ilmu-ilmu sains, matematik dan sebagainya. Kini, umat Islam lebih mengikuti trend dan kemajuan dari pihak lain yang sehingga melalaikan umat Islam sendiri.

muslim genius

2 thoughts on “Mendidik Anak Genius Agar Beri Manfaat Kepada Umat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *