Ketahui Asal Usul Vitamin Dunia Oleh Dr. Forrest C. Shaklee

Shaklee diambil sempena nama pengasasnya Dr. Forrest Clell Shaklee. Dilahirkan di Carlisle, Iowa dengan penyakit tuberculosis (batuk kering) yang membuatkannya tidak membesar dengan baik seperti kanak-kanak normal. Doktor sendiri meramalkan jangka hayat beliau hanya selama 8 tahun. Disebabkan itu, keluarganya berpindah dari kawasan lombong arang batu ke utara Iowa, di kawasan perkampungan untuk mendapatkan udara dan persekitaran yang sihat dan segar.

shaklee

Tidak seperti kanak-kanak normal lain, Dr. Shaklee banyak menghabiskan zaman kanak-kanaknya hanya dengan berehat dan memerhatikan lama sekitar. Beliau tidak dapat bergerak sehinggalah berusia 4 tahun, hasil penjagaan yang rapi secara semula jadi. Ibunya banyak menggunakan herba-herba untuk membantu memulihkan dan memanjangkan hayat beliau.

Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’. Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science of chiropracticcare.

Sewaktu menjadi seorang chiropractic practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bercambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea. Dari sinilah bermula perkataan ‘vitamin’ yang kita gunakan sekarang singkatan dari ‘vitalized minerals’.

Disebabkan beliau banyak menghabiskan masa mempelaari ilmu baru, iaitu X-ray dianosis, beliau disahkan kanser. Pada masa itu, belum ada kesedaran tentang bahaya sinaran x-ray. Pada waktu tersebut, kerjaya beliau sebagai seorang doktor muda sedang melonjak naik. Beliau juga mempunyai seorang isteri yang mengandung dan seorang anak. Beliau tak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa ‘dikudungkan’ untuk menghentikan sel-sel kanser dari membiak. Beliau memberitahu isterinya, “Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembuhan secara semulajadi.

makanan sihat

Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.

Pada mulanya, kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya penyembuhan sekiranya beliau terus berfikiran positif dan juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau. Ketika ini, beliau mula membuat kombinasi 9 herba untuk detoks dan terhasillah Herb-Lax yang ada sekarang.

Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser.

Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen.
Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu.

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”.
Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhirnya keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi dan menjadi satu fenomena pada hari ini (multi level marketing). Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.

Ini antara sebab kami yakin dengan produk Shaklee yang dah bertapak di Malaysia selama 30 tahun dan 60 tahun di US.

perbezaan shaklee

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *