Sihat Itu Bahagia

Salam sahabat semua.. ada baik???

Saya nak intro sikitlah harini tentang diri saya…jom kenal2

Saya seorang wanita yang bekerja di rumah. Isteri kepada seorang Mr. Suami dan ibu kepada 2 cahaya mata. Oh tak lupa juga anak kepada mak ayah yang masih hidup dan sihat.

Saya pasti semua yang mempunyai keluarga, sayang dengan keluarga kita betul tak, dan itu akan terzahir melalui tindakan kita. Begitu juga saya, dan antara yang saya care tentang insan2 tersayang ni berkaitlah aspek kesihatan.

Buat mak ayah yang jauh di mata dekat di hati, saya berikan supplement ostematrik dan ESP. Ayah rajin berkebun dan bertukang. Halaman belakang tu ayah mesin rumput sendiri. Mak pulak bila boring pencen haritu offer nak jaga cucu. Tapi cucu yang dah umur 4 tahun ke atas lah, yang banyak boleh buat sendiri. Semoga suplement yang saya bekalkan buat masa ni membantu mak ayah dalam kerja seharian mereka.

Paling best ayah ada tanam macam2 ulam kat belakang rumah, hari2 mesti ada ulam sebagai lauk. Bestkan. Terima kasih mak ayah jagakan anak2 ku seminggu haritu.

Untuk suami tercinta (uhuks) pula haritu pergi tunaikan haji saya sarankan bawa vivix. Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusannya di tanah suci.

Sentuh bab kesihatan anak2, sebagai ibu sayalah lebih kena jaga kesihatan diri sendiri, baru boleh nak jaga mereka dengan gembiranya. Walaupun agak susah nak didik dorang makan sayur, tapi buah-buahan lebih mudah, so tak ada alasan nak beri pemakanan baik buat mereka. Vitamin khas kanak-kanak pun saya beri ikut keadaan. Chewable vitamin c, meal shake dan vitalea for children vitamin yang khas buat mereka. Sesekali saya beri fish oil (omega guard) kalau mereka batuk atau selsema. Abang yang sulung tu sesekali sebelum pergi sekolah saya bagi juga untuk lebih fokus dalam kelas, lebih mudah dengar arahan cikgu2 dan lebih ceria.

Alhamdulillah, sekarang ni insan2 terdekat dah lebih alert menjaga pemakanan. Ingat tau dah nama pun makanan tambahan, ia sebagai pelengkap. Bukan pengganti makanan yang patut kita makan. Bila nutrisi tak cukup, otak akan bagi signal belum makan sebab ada keperluan yang badan tak dapat untuk jalankan aktivitinya dengan baik, so kita akan makan…makan…dan makan lagi. Lagi worst bila yang makan tu makanan takde nutrient baik.

Nasihat saya, jaga kesihatan semasa sihat dan cek tahap kesihatan terutama wanita. Kita ni nampak je sihat di luar, bila dah di dianognis sakit, sakit tu dah parah, dah kena operate.

So, mencegah tu lebih mudah dan murah, berbanding merawat yang susah sebab sakit dan mahal rawatannya.

Semoga anda semua dikurniakan kesihatan yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *