Hubungan Jarak Jauh – Mudah atau Sukar?

Hari ini nak kongsi tentang pembabitan awal saya dalam dunia perniagaan, yang mana mentor yang menggerakkan langkah saya sehingga hari ni, bukan tinggal di sebelah rumah, atau di sebelah taman. Naik kereta jarak masa 3 – 4 jam.

Kami jalani suatu perhubungan jarak jauh, hihiii, bukan alam rumah tangga je ada PJJ tau.

Alhamdulillah syukur sangat dapat bertemu semula dengan sahabat saya Haridah Sahri ni Februari tahun ni.

Kenal sejak 2007 lagi lepas tu haluan dah berbeza..huuuu

Mula-mula usya je dia kat facebook, sebab saya ni nak add orang pun takut2…malu-malu tau…

Sampai kawan2 lama pun marah…ngeeee.

Saya di Perak, kak haridah di Bangi sekarang. Diia merupakan upline merangkap mentor saya. Mentor dari aspek bisnes dan tarbiyah.

Kali terakhir saya bertemu beliau bulan September. Masa tu beriya nak belajar blog bab teknikal. Dari Perak (bukan Tanjung Malim ye) drive sendiri terus ke Bangi berpandukan waze semata dengan dua orang anak. Bukan nak bongkak kahkah…tapi mereka antara BIG WHY saya dalam bisnes ni. Terima kasih suamiku tercinta (ngeh ngeh) kerana support dalam diam (ngehngeh).

Pada saya tak ada masalah jarak jauh ni, sedangkan dalam alam rumah tangga pun ada hubungan jarak jauhkan…hihiiiii. Tambahan pula selain teknologi yang canggih manggih ni, beliau ni kuat ‘membebel’ hohooo….so, tak rasa jauh pun. Kalau dekat mau berdarah telinga.

Yang penting upline merasa bertanggungjawab dengan downline yang berdaftar di bawahnya dan downline bertanggungjawab dengan bisnes sendiri dan menjaga adab dengan upline sebagai guru.

Komitmen, kerjasama dan tanggungjawab, bila tu semua dijaga oleh upline dan downline in syaa Allah hubungan tu berjaya seterusnya membawa kejayaan perniagaan juga. Aamiiin.

work-at-home-ummi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *